Monday, 13 October 2014
Wednesday, 27 August 2014
ALAMAT SEKOLAH
-
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ayer Keroh
- Jalan Lama Ayer Keroh, Kampung Baru Ayer Keroh
- 75450, Melaka
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-2320952
- Fax = 6062320952
PIAGAM SEKOLAH
KAMI GURU-GURU SJK C AYER KEROH, BERJANJI AKAN MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DENGAN CEKAP, BERKESAN DAN MESRA,
KAMI BERJANJI AKAN :
KAMI BERJANJI AKAN :
- SENTIASA MEMBIMBING DAN MELAKSANAKAN P & P DENGAN BERSUNGGUH- SUNGGUH.
- MEMASTIKAN SEMUA MURID DI SEKOLAH BOLEH MENGUASAI KEMAHIRAN 3M IAITU MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA SELEPAS TAMAT TAHUN 6.
- MENGATASI MASALAH-MASALAH FIZIKAL DAN MENTAL MURID-MURID DENGAN SEDAYA UPAYA.
- BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA DALAM HAL PENDIDIKAN MURID-MURID.
- MEMBERI LAYANAN YANG SEGERA DAN MEMUASKAN KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN KAMI.
- SENTIASA MENINGKATKAN TARAF P & P, TERUTAMANYA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU.
- MENJADIKAN SEKOLAH INI SEBUAH SEKOLAH PENYAYANG.
VISI & MISI
VISI
SJK C AYER KEROH SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
WARGA SJK C AYER KEROH MEMPUNYAI KOMITMEN TINGGI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN :
- MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini diasaskan pada tahun 1947.
Pengasas sekolah ini ialah Encik Yong Swee Ling, Yong Law , dan Chong Fee.Pada masa pemerintahan Tentera Jepun, kampung ini telah
dibuka sebagai satu kawasan pertanian perdamaian. Penduduk-penduduk di kampung
ini telah bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1947, memandangkan
mustahaknya kanak-kanak mendapatkan pelajaran dan di kawasan ini tiada sekolah
untuk kanak-kanak belajar. Para pengasas
tersebut telah menubuhkan satu jawatankuasa Penaja Sekolah. Jawatan itu telah memungut
derma dari orang ramai. Daripada sumbangan tersebut, sebuah rumah telah
didirikan untuk dijadikan bilik darjah dan sebahagiannya didirikan rumah guru.
Pada asasnya, sekolah ini dinamakan “YOKE KIAW”.Bilangan murid pada masa itu
adalah seramai 38 orang.
Pada tahun1968 hingga 1971, bilangan murid telah bertambah sehingga 111 orang dan bilangan guru juga bertambah menjadi 5 orang.Sebuah blok bangunan baru telah ditambah pada tahun 1972. Bangunan baru ini mengandungi 2 buah bilik darjah, sebuah bilik setor, sebuah tandas lelaki dan sebuah tandas perempuan.
Tahun 1973 hingga 1977, bilangan murid masih kekal pada 120 orang.1978, bilangan murid merosot menjadi 108 orang . Pada 16 Januari, guru besar Fu Hua telah dinaikkan pangkat ke SJKC Chong Hwa, Sg Rambai sebagai Guru Besar(GB). Kekosongan GB di sekolah ini telah diganti oleh En Tan. En Tan mulai bertugas di sekolah ini pada 23-01-1980.
Bangunan kantin yang baru telah siap dibina pada bulan Ogos tahun 1979. Sukan tahunan kali pertama telah diadakan pada 22 September 1979.Bilangan murid bertambah menjadi 150 orang pada tahun1980. Mulai tahun 1980, sekolah ini merupakan sekolah gred C yang sempurna.
Mulai daripada tahun 1981, bilangan murid di sekolah ini telah bertambah maka kelas bercantum diberhentikan. Sekolah ini hanya mempunyai 5 buah bilik darjah. Sekolah terpaksa diubahsuai, koridor dijadikan bilik darjah sementara.Oleh itu, satu projek untuk membina semula bangunan sekolah ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran pada 1982. Projek ini membelanjakan wang sebanyak RM 245 000.
Sekolah ini telah diberitahu projek yang tersebut di atas akan diteruskan pada bulan Jun 1984. kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi bantuan seratus peratus di bawah Projek Kilat. Kos perbelanjaan projek itu adalah RM 345 000.Sebuah bangunan dua tingkat yang baru telah siap dibina pada hujung tahun 1984. Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik guru , sebuah bilik Pusat Sumber Sekolah dan sebuah bilik TV.Bangunan baru sekolah ini mula digunakan pada 14 Jan 1985.
Upacara Perasmian Pembukaan Bangunan Baru Sekolah dan Pameran Seni Lukis telah dirasmikan oleh Y.B.Encik Ng Cheng Kiat, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada pukul 2.30 petang, hari Sabtu bersamaan 3 Mei 1986.
Pada tahun 1987, sekolah telah meraikan ulang tahun pembukaan sekolah sempena tahun ke empat puluh. Majlis rasmi iaitu Hari Sukan Sekolah telah diadakan pada 11-07-1987. Pengerusi LPS En Yap Kok Keong telah dijemput untuk merasmikan majlis pembukaan. Majlis yang penuh dengan makna ini telah dirai bersama ibu bapa murid sekolah ini. Pada 12-11-1987, jamuan makan malam diadakan bagi tujuan untuk mengutip derma tabung pembangunan sekolah. Pada bulan Disember, sekolah telah berjaya menerbitkan majalah sekolah sempena untuk meraikan ulang tahun sekolah yang ke 40 tahun.Sebuah bilik stor dan tandas telah diubahsuai supaya menjadi makmal sains pada tahun 1994.
Pada tahun 1948, sekolah ini telah dibuka dengan
rasminya. Guru Besar yang pertama ialah En. Sek Kwong Hau.Dari tahun 1949 hingga tahun 1951, Guru Besar sekolah ini
telah ditukar beberapa orang iaitu En.Yong Sim Hua, En, Yau Chin Sin, En. Lee
Tin Pit, dan En.Yong Tai Kim.Pada awal tahun 1951, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah
ini, En. Yong Swee Ling telah dibunuh oleh anasir komunis Malaya.
Sekolah ini terpaksa ditutup buat sementara.Ketika undang-undang darurat diisytiharkan pada tahun
1951, satu kampung baru telah dibentuk di kawasan ini. Sekolah ini telah dibuka
semula pada akhir tahun 1951. Nama sekolah telah ditukar menjadi “SEKOLAH AYER KEROH”. En.Sek Kwong Hau
memegang jawatan Guru Besar semula. Mulai dari tahun ini juga, sekolah ini
menerima bantuan separuh dari kerajaan.
Pada tahun 1952, penduduk kampungmenyedari kepentingan
pendidikan. Justeru itu bilangan murid yang berdaftar untuk bersekolah telah
bertambah. Pihak Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) telah menghantar surat ke JPN Melaka bagi
memohon pembinaan semula bangunan sekolah. Permohonan tersebut telah berjaya.
Pada
tahun 1953, kerajaan tempatan telah meruntuhkan
banguan lama dan membina sebuah banguan yang baru. Bangunan baru ini
berbumbung zink
dan berdinding papan. Bangunan ini mengandungi sebuah pejabat dan tiga
buah
bilik darjah. Pada tahun ini, murid-murid telah bertambah menjadi 60
orang .Pada tahun 1957, sekolah ini telah menerima bantuan penuh
daripada pihak kerajaan.
Pada tahun 1958, bilangan guru yang ada masih kekal 3
orang, murid-murid pula seramai 70 orang. Bilangan murid yang menyertai
peperiksaan masuk sekolah menengah hanya 7 orang sahaja.Mulai tahun 1959 sehingga tahun 1962, bilangan murid
berkurangan ke 50 orang tetapi bilangan pengajar masih kekal sama. Pada tahun
1959, sekolah telah bertambah seorang kerani dan seorang pekerja rendah am.Pada tahun1963 bulan November, pihak kerajaan (JKR)
membaiki semula sekolah dan mengecat
bangunan sekolah.
Pada tahun 1964, pihak KPM telah memberi peruntukan
kewangan sebanyak RM 2000 bagi memasang pagar di sekeliling kawasan sekolah dan
membina tempat letak basikal murid-murid.Pada tahun 1965 hingga 1967, bilangan murid masih kekal seramai
80 orang.1967 bulan April, pihak KPM menghantar pekerja bagi
memasang paip air.
Pada tahun1968 hingga 1971, bilangan murid telah bertambah sehingga 111 orang dan bilangan guru juga bertambah menjadi 5 orang.Sebuah blok bangunan baru telah ditambah pada tahun 1972. Bangunan baru ini mengandungi 2 buah bilik darjah, sebuah bilik setor, sebuah tandas lelaki dan sebuah tandas perempuan.
Tahun 1973 hingga 1977, bilangan murid masih kekal pada 120 orang.1978, bilangan murid merosot menjadi 108 orang . Pada 16 Januari, guru besar Fu Hua telah dinaikkan pangkat ke SJKC Chong Hwa, Sg Rambai sebagai Guru Besar(GB). Kekosongan GB di sekolah ini telah diganti oleh En Tan. En Tan mulai bertugas di sekolah ini pada 23-01-1980.
Bangunan kantin yang baru telah siap dibina pada bulan Ogos tahun 1979. Sukan tahunan kali pertama telah diadakan pada 22 September 1979.Bilangan murid bertambah menjadi 150 orang pada tahun1980. Mulai tahun 1980, sekolah ini merupakan sekolah gred C yang sempurna.
Mulai daripada tahun 1981, bilangan murid di sekolah ini telah bertambah maka kelas bercantum diberhentikan. Sekolah ini hanya mempunyai 5 buah bilik darjah. Sekolah terpaksa diubahsuai, koridor dijadikan bilik darjah sementara.Oleh itu, satu projek untuk membina semula bangunan sekolah ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran pada 1982. Projek ini membelanjakan wang sebanyak RM 245 000.
Sebelum projek tersebut berjalan, kerajaan telah
mengumumkan pembekuan projek-projek kerajaan atas beberapa sebab yang tidak
dapat dielakkan. Pihak sekolah selalu berhubung dengan Pejabat Pelajaran Melaka
dan menyerahkan memorandum kepada Y.B Datuk Tan Tiong Hong, Timbalan Menteri
pelajaran (tahun1983).
Sekolah ini telah diberitahu projek yang tersebut di atas akan diteruskan pada bulan Jun 1984. kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi bantuan seratus peratus di bawah Projek Kilat. Kos perbelanjaan projek itu adalah RM 345 000.Sebuah bangunan dua tingkat yang baru telah siap dibina pada hujung tahun 1984. Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik guru , sebuah bilik Pusat Sumber Sekolah dan sebuah bilik TV.Bangunan baru sekolah ini mula digunakan pada 14 Jan 1985.
Upacara Perasmian Pembukaan Bangunan Baru Sekolah dan Pameran Seni Lukis telah dirasmikan oleh Y.B.Encik Ng Cheng Kiat, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada pukul 2.30 petang, hari Sabtu bersamaan 3 Mei 1986.
Pada tahun 1987, sekolah telah meraikan ulang tahun pembukaan sekolah sempena tahun ke empat puluh. Majlis rasmi iaitu Hari Sukan Sekolah telah diadakan pada 11-07-1987. Pengerusi LPS En Yap Kok Keong telah dijemput untuk merasmikan majlis pembukaan. Majlis yang penuh dengan makna ini telah dirai bersama ibu bapa murid sekolah ini. Pada 12-11-1987, jamuan makan malam diadakan bagi tujuan untuk mengutip derma tabung pembangunan sekolah. Pada bulan Disember, sekolah telah berjaya menerbitkan majalah sekolah sempena untuk meraikan ulang tahun sekolah yang ke 40 tahun.Sebuah bilik stor dan tandas telah diubahsuai supaya menjadi makmal sains pada tahun 1994.
Sepanjang tahun 1995 hingga 1996 tiada
sebarang pembaharuan yang dijalankan. Namun, pada tahun 1997 sedikit perubahan
dilakukan bagi menampung kelas yang bertambah. Perpustakaan yang asal telah
dibahagi dua menggunakan
papan lapis bagi membentuk dua buah kelas.Oleh keran pertambahan murid bagi sesi persekolahan tahun
1999, dua buah bilik darjah yang mengikut pelan blok B dibahagikan menjadi tiga
buah bilik darjah pada akhir tahun 1998. Ini menjadi bilangan kelas pada tahun
1999 bertambah menjadi 9 buah kelas.
Mulai bulan Jun 1999, kelas komputer telah ditubuhkan.
Sekali lagi pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan kelas. Kelas yang
berkenaan terpaksa menggunakan bilik Kemahiran Hidup sebagai kelas sementara.
Pada akhir tahun 1999, dengan
bantuan kewangan dari pihak
kerajaan sebanyak RM 30 000, bilik stor di blok B terpaksa
diruntuhkan. Sebuah kelas seluas 20 kaki telah dibina. Kantin juga telah
diubahsuai.
Awal
tahun 2000, kelas yang baru dibina mula digunakan.
Bilik Kemahiran
Hidup tidak lagi digunakan sebagai kelas. Pada tahun ini juga sebuah
stor telah
dibina di bawah tangga blok A bagi menggantikan stor yang telah
diruntuhkan.Pada akhir tahun 2002 , atas usaha dan kerjasama LPS dan
PIBG , dengan peruntukan sebanyak RM120,000 dari Yang Berhormat Datuk
Seah Kwi
Tong , sebuah bangunan baru yang berupa 3 buah bilik darjah telah
didirikan.Atas
usaha Pengerusi PIBG, En. Chong Tek Poh , Setiausaha LPS, En. Goo Teh
Gee dan
ahli jawatankuasa kedua-dua badan ini , Majlis Perasmian Bangunan Baru
dan
Jamuan Makan Malam Sempena Ulangtahun ke-56 sekolah kami telah berjaya
diadakan
di tapak gelanggang bola keranjang sekolah kami pada 06-06-2003.
Pada pertengahan tahun 2008 , sebuah
dewan serbaguna dan sebuah kantin baru baru telah dibina di atas tapak
gelanggang bola keranjang atas usaha dan kerjasama LPS dan PIBG. Timbalan
Perdana Menteri, Y.A.B. Dato Seri Mohd.
Najib bin Abdul Razak dan Ketua Menter Melaka, Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd. Ali
bin Mohd. Rustam telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM 50,000 dan RM
10,000 masing-masing untuk projek tersebut . Projek ini telah menelan
perbelanjaan sebanyak kira-kira RM 500,000.Upacara Perasmian Pembukaan Dewan
Serbaguna telah dirasmikan oleh Ketua
Menteri Melaka, Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam pada
14-11-2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)